Sabtu, 10 Julai 2010

HUKUM DOA KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI



Imam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya al-Azkar:

"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."

Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:

" Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."

Dalil pengharusan.

Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah saw adalah hadis berikut:

أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية

" Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran ra dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah)."
Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Dizaman pemerintahan Umar ra , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas ra sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata2nya:

أما إن نشدتنا فإن سعدا لا يسير بالسرية ولا يقسم بالسوية ولا يعدل في القضية

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."

Lalu Sa'ad berdoa:

اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا قام رياء وسمعة فأطل عمره وأطل فقره وعرضه للفتن

" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."

Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh saad ra berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair ra perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (qatadah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka.

" Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad ra telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah saw?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw ?" Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

من أخذ شبرا من الأرض ظلما طوقه إلى سبع أرضين

" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah swt akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."

Lalu Marwaى berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:

اللهم إن كانت كاذبة فأعم بصرها واقتلها في أرضها

"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "

Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati."

Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.


KESIMPULAN

Berhati2lah terhadap doa orang yang dizalimi. Penyair berkata:

نامت جفونك والمظلوم منتبه يدعو عليك وعين الله لم تنم

Mata-matamu tidur dan orang yang dizalimi sentiasa berjaga

Dia mendoakan kecelakaan kepadamu dan Allah itu tidak tidur.

Selasa, 29 Jun 2010

BERITA DARI ALAM GHAIB


KEADAAN MANUSIA KETIKA DIPADANG MAHSYAR.

Setelah selesai penghalauan seluruh manusia ke Padang Mahsyar dihari kiamat itu, jadilah manusia –manusia itu dalam satu arena yang sangat luas. Di situ semua manusia berkumpul iaitu sejak zaman Nabi Adam hingga manusia yang paling akhir dimatikan.

Mereka semua disuruh berbaris dan menunggu satu pemeriksaan yang menakutkan dalam persidangan Mahkamah Allah. Masing-masing diliputi rasa takut dan khuatir, sedih dan gelisah , binggung, bimbang dan panik. Masing-masing menyesal diri dan tertanya-tanya, ke neraka manakah aku ini.

Bagi mereka yang berbuat dosa di dunia ini akan menanti dengan penuh rasa berdebar dan gementar kalau boleh mahu di hidupkan semula didunia dan mahu jadi hamba yang taat dan patuh dengan hukum-hakam Allah . Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Kini mereka menanti apakah pembalasan yang akan Allah timpakan.

Dalam upacara di padang Mahsyar, semua manusia akan berbaris dan berkumpul dengan pemimpin-pemimpin yang mereka ikuti sewaktu hidup didunia dahulu. Sebagaimana telah di ditegaskan dalam firman Allah yang berbunyi ;
“ Ingatlah suatu hari ( yang dihari itu ), kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya”

Di perhimpunan agung Padang Mahsyar itu akan dipasang bendera, sepanduk dan panji-panji sebagai tanda pengenal golongan umat manusia. Bendera dan panji-panji itulah yang disebut “ Liwaul hamdi ’’ iaitu bendera pujian . Umat Islam akan berbaris dengan beberapa barisan di bawah panji-panji , sesuai dengan apa yang telah mereka taati dalam hidupnya. Apakah ia ahli yang jujur, seorang zalim, zuhud, dermawan , syuhada’, qari , muadzin dan sebagainya ,ini semua akan ada panji-panjinya dan pemimpin-pemimpinya sendiri.

Dalam satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang bendera pujian mengenai panjang dan lebarnya. Maka baginda bersabda; “ Panjangnya dapat di tempuh 1000 tahun, dimana tertulis ‘ Laillaha illallah muhamadarasulullah ‘. Dan lebarnya antara langit dan bumi.. Adapun bahanya dari yakut yang merah, tiangnya dari perak yang putih dan zabarjut yang hijau. Ia mempunyai tiga buah menara dari Nur ( cahaya ). Satu cahaya kearah Timur, satu cahaya di tengah-tengah dunia dan yang satunya berada di arah barat. Pada menara itu tertukis 3 baris;

Baris pertama tertulis; ‘ Bismillahir Rahman Nir Rahim’ – Ertinya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang.

Baris kedua tertulis; ‘ Alhamdulillah hirabbil Alamin ‘.- Ertinya; Segala puji bagi Allah seru sekelian Alam.

Baris ketiga tertulis ; ‘ Laillaha illallah muhamadarasulullah ‘- Ertinya : Tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad adalah utusan Allah.

Adapun setiap baris jaraknya dapat ditempuh 1000 tahun . Di samping terdapat 70,000 bendera. Setiap satu bendera di bawahnya terdapat 70,000 barisan malaikat, setiap barisan terdiri dari 50,000 melaikat yang sama bertasbih kepada Allah dan memaha sucikannya ‘’.

Perlu dimaklumi bahawa sifat-sifat dan keadaan ‘ Liwaul Hamdi’ ini mungkin banyak menimbulkan pertanyaan bagi akal. Namun kerana itu adalah satu hal yang ghaib, maka Allahlah yang Maha Mengetahui sebenarnya dan Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Imam Al-jurjani menerangkan makna ‘ Liwaul Hamdi ‘ . Bendera pujian berada pada kekuasaan Allah. Bahawasanya kelak di hari kiamat, berdera itu di pasang pada sisi Nabi Muhamad s.a.w. Adapun para mukmin berada di kanan kiri bendera Nabi, sedangkan orang kafir berada dalam azab sengsara bersedia untuk menjadi kayu bakar api neraka selama bendera itu di pasang dan berkibar. Jika bendera itu di pindahkan ,maka di kala itu orang-orang kafir akan di halau untuk terjun ke dalam neraka. Waliya Zubillah..

Bendera-bendera itu akan di pegang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan di bawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu di pasang dan di kibarkan oleh :

Bendera Pertama- Bendera Kebenaran
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Bagi semua orang yang benar dan jujur dan akan berada di bawah naungan panji-panji ini.

Bendera Kedua- Bendera Fuqaha
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Muaz bin Jabal r.a . Bagi semua orang yang alim fiqih akan berada di bawah naungan panji-panji ini.

Bendera Ketiga – Bendera Zuhud
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Abu Dzar r.a . Bagi semua manusia yang menjiwai dan hidup cara Zuhud akan berada di bawah bendera ini.

Bendera Keempat – Bendera Dermawan
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Usman bin Affan r.a . Bagi semua para dermawan akan berada di bawah bendera ini.

Bendera kelima – Bendera Syuhada
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Ali r.a. Bagi setiap orang yang mati syahid akan berada di bawah bendera ini.

Bendera Keenam – Bendera Qurra’
Bendera ini akan di kibarkan oleh Ubbaya bin Kaab r.a . Bagi setiap para Qarri akan berada di bawah bendera ini.

Bendera Ketujuh – Bendera Muadzin
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Bilal r.a. bagi semua para Muadzin akan berada di bawah bendera ini.

Bendera kelapan – Bendera ini bagi orang yang di bunuh secara aniaya.
Bendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Hussain r.a. Bagi orang yang di- bunuh dengan aniaya akan berada di bawah bendera ini.

(INI KISAH BENAR DARI KITAB HADIS)

beza lelaki dan wanita



Sekadar untuk renungan semua... setiap kejadian kita sama ada dari kaum Adam atau Hawa, sama-sama ada kelebihan dan peranan masing-masing di atas mukabumi Allah ini. Mari kita fikirkan sejenak:-


LELAKI :

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

3. Hukum Islam menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Suami pula tidak boleh menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.


Walaupun tanggungjawab lelaki dilihat begitu banyak, namun orang lelaki tetap ada pelbagai keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT dan tidak ada pada wanita .


WANITA :

1. wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki iaitu meliputi seluruh badan
kecuali muka dan dua tapak tangan.

2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak
sebaliknya.

3. wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

5. wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7. talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8 - wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.



Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dengan seorg wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Sewaktu peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah SAW melihat kebanyakan penghuni neraka adalah dari kalangan wanita. Beringatlah wahai wanita....Bersyukurlah kita kerana bergelar 'Wanita' dan bersyukurlah antum kerana bergelar 'Lelaki'. Setiap satu kejadian Allah SWT pasti ada hikmahnya....carilah ia.......
Wassalam

Jumaat, 25 Jun 2010

doa CiNtA


Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau
Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu
Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amiiinnn.......

Isnin, 21 Jun 2010

keLuhan Org yg bErdoSa

Keluhan orang berdosa kerana dosa-dosanya Tuhan amat suka,
Lebih-lebih lagi gugurnya air matanya waktu menangis
mengenangkan dosa-dosanya memadamkan api Neraka,
Takutnya kepada Tuhan kalau-kalau terbuat salah atau
takut tidak diampunkan dosa adalah ibadah,
Sedangkan orang beribadah belum tentu lagi jadi ibadah,
Kerana ibadah itu mestilah dirasa oleh hati di dalam ibadahnya,
Penghayatan itu adalah kerja hati,
Kalau fizikal sahaja yang nampaknya beribadah
hati tidak beribadah tidak ada erti apa-apa dengan ibadahnya,
Tuhan tidak pandang rangka tapi pandang isinya.
Rangka cantik macam mana sekalipun tidak ada isi
tidak ada erti apa-apa,
Rasa bertuhan dibawa ke mana-mana ini adalah ibadah batin,
Pahalanya sentiasa mengalir selagi ada rasa,
Rasa hamba dibawa ke mana-mana lemah dan
tiada kuasa adalah juga ibadah batin,
Rasa hamba itulah sifat hamba yang sebenarnya,
Janganlah sifat hamba itu ditukar kepada sifat tuan atau ketuhanan,
Itu sombong namanya,
Dia ambil pakaian Tuhan dan dipakainya,
Tuhan sangat murka,
Sifat ketuanan itu ialah bangga diri, Tuhan benci
Siapalah kita manusia ini hendak rasa bangga,
Takkan kita tidak sedar lemahnya diri manusia ini,
Mengapa pula kita rasa ada kuasa dan bangga diri pula,
Ini sikap orang yang tidak sedarkan diri,
Takkan kita tidak sedar bahawa kita ini dhaif dan lemah,
Setiap saat kita perlu bantuan,
Bantuan oksigen, bantuan kesihatan bantuan kerehatan,
Bantuan-bantuan yang diperlukan itu siapa yang empunya?
Takkan kita buat tidak tahu dari mana kita dapat,
Kalau kita sedar ini semuanya di dalam fikiran setiap masa
atau di dalam perasaan itulah dia ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan ibadah batin atau ibadah rohaniah namanya, Perasaan itu atau kesedaran itu adalah diberi pahala.

Isnin, 14 Jun 2010

5 RACUN DAN 5 PENAWAR

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya

2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya

4. Seluruh Umur itu racun, Taat itu ubatnya

5. Seluruh Tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya

5 PERKARA ELOK DISEBUT

Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

• Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

• Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

• Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

• Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

• Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...