5 SEBAB HATI JADI BERCAHAYA





Pernahkah kwn2 sume berasa sedih? Kalau tak pernah, maknanya ade something wrong lar 2. Kesedihan biasanya mempengaruhi suasana hati kita. Sementara hati akan menjadi mati kalau selalu dirundung kesedihan kerana meratapi hilangnya dunia. Namun sebaliknya, kalau kesedihan itu kerana meratapi sesuatu yang hilang dari urusan ukhrawi akan menyebabkan hati menjadi tenang dan tenteram.

Maka ketahuilah wahai kwn2, bahawa :

Pertama, hati akan bersinar kerana menyesal atas habisnya umur yang sia-sia tanpa amal yang bermanfaat.

Kedua, hati akan bersinar kerana menyesal atas maksiat yang telah dikerjakan, sehingga hati menjadi takut kalau hal itu akan menghalangi diri dari masuk surga Allah.

Ketiga, hati akan bersinar kerana menyesal atas tindakan menyia-nyiakan hukum Allah dengan mengambil alih hukum-hukum buatan manusia.

Keempat, hati akan bersinar kerana menyesal atas terhinanya kaum muslimin karena mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir.

Kelima, hati akan bersinar kerana menyesal atas perpecahan yang terjadi kepada  para 'ulama/da'i-da'i muslim kerana egoisme mereka yang hanya sibuk dengan urusan pribadi daripada memikirkan tujuan dakwah yang lebih utama. (Abdul Hamid Al-Bilali, Manhaj Tabi'in fi Tarbiyah An-Nafs)